berita

Wani Comel Meninggal Dunia

August 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita iaitu Wani Comel yang pernah menjadi bualan hangat netizen di media sosial dek kontroversi bersama seorang usahawan kosmetik terkenal dimaklumkan telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Saya Terima Wang RM1,000…’ – Wani Chomel

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rawatan Susulan Selepas Pembedahan..’ – Wani Chomel Masuk Wad Kerana Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘No, Dia Bukan Isteri Saya..’ – Datuk Aliff Syukri Nafi Janji Bagi ‘Kekayaan’ Buat Wani Chomel

Wani Comel meninggal dunia

Berita pemergian Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira dimaklumkan Zarina Anjoulie menerusi beberapa posting di Instagram. Wani Comel yang baru berusia 24 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9 malam tadi (Rabu) akibat wabak maut Covid-19.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Zarina memaklumkan bahawa seorang lagi wanita yang dikenalinya, Putri Rabiatul Nabiha iaitu merangkap rakan baik Wani Comel turut disahkan meninggal dunia pada jam 4:40 pagi (18 Ogos).

Salam takziah. Kedua-dua arwah memang baik orangnya. Anju memang sayang dua insan ini, hormat orang dan berbudi bahasa. I love you both and will always pray for both of you my adik-adik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan salam takziah buat keluarga Wani Comel dan Putri Rabiatul Nabiha. Mereka mendoakan agar kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Posting Anju di IG

Sumber: Zarina Anjoulie

SKIP THIS AD ×