berita

Wanita ‘Alahan’ Pada Graviti, Boleh Berdiri Kurang 3 Minit Sebelum Jatuh

September 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita yang sebelum ini merupakan seorang yang ‘superaktif’, kini dilaporkan hanya terlantar di atas katil dan kerap pengsan, lapor Daily Mail.

Hanya berdiri untuk mandi setiap hari

Lyndsi Johnson, 28 tahun dari Bangor, Maine, Amerika Syarikat (AS), tidak mampu berdiri lama dengan sendiri selama lebih tiga minit, seolah-olah mempunyai ‘alahan terhadap graviti’.

Wanita itu yang juga bekas juruteknik tentera laut kini bergantung harap pada suaminya untuk melakukan semua kerja hariannya.

Johnson kini meluangkan masa setiap hari dengan terbaring di atas katil dan hanya bangun untuk jangka masa yang pendek bagi melakukan perkara penting seperti mandi.

Difahamkan, pada hari Johnson tidak sihat, dia boleh pitam sehingga lebih 10 kali.

Selepas bertahun-tahun berjumpa dengan doktor yang berbeza, Johnson akhirnya didiagnos dengan sindrom takikardia postural, awal tahun ini.

Sindrom postural orthostatic tachycardia (PoTS) merupakan peningkatan kadar degupan jantung yang tidak normal dan pantas apabila seseorang itu berdiri atau duduk sehingga menyebabkan pening atau pengsan.

Keadaan itu adalah agak jarang didiagnosis, namun satu daripada 100 warga Britain dan AS hidup dengan beberapa variasi kondisi berkenaan.

Tubuh individu yang mengalami kondisi berkenaan tidak mampu melakukan penyesuaian secara memadai terhadap perubahan daya graviti dihasilkan ketika badan berubah posisi.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×