Seorang wanita berkongsi kisah kesusahan hidupnya bersama anak selepas berpisah dengan suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Tak Dapat Tahan Air Mata, Terjumpa Wanita Wajah Persis Arwah Ibu – ‘Saya Sentuh Pipi Dia’

Artikel Berkaitan: Anak Hembus Nafas Terakhir Ketika Teman Jenazah Ibu, Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

Duduk di masjid 

Menerusi perkongsian di Threads, wanita berkenaan mendedahkan dia dan anak terpaksa berteduh di masjid kerana tidak mempunyai tempat tinggal selain terputus hubungan dengan keluarga.

Menurutnya, detik itu menjadi antara fasa paling sukar dalam hidup kerana terpaksa mengharungi ujian tanpa sokongan sesiapa.

Aku lepas berpisah, pernah tidur dekat masjid dengan anak aku yang pertama sebab tak ada hala tuju.

Aku tak ada keluarga, mak ayah pun dah tak ada. Dengan adik beradik ibarat sudah terputus hubungan.

Malam lepas semua orang dah tak ada ,aku masuk masjid tidur, siang aku pusing cari kerja, lepak duduk dekat mana-mana taman sementara tunggu waktu solat, baru aku gerak pergi masjid balik.

Lebih pilu, wanita itu berkata, dia dan anak terpaksa minum air paip di masjid berkenaan kerana kesempitan wang untuk membeli makanan.

Masa tu Allah je tahu, dengan tak ada duit atau apa-apa, minum air paip masjid je letak dalam botol air mineral.

Pantang nampak orang tinggalkan botol air mineral, anak aku akan pergi ambil.

Akhirnya dia diberi peluang untuk bekerja oleh seorang wanita di sebuah premis makanan meskipun dalam keadaan sedang hamil.

Yang sulung inilah paling banyak susah payah dengan aku. Masa tu aku mengandung anak kedua tujuh bulan dan susah sangat nak cari kerja sebab aku mengandung.

Aku dapat kerja kedai makan, ada seorang mak cik bagi aku kerja, siap tawarkan bilik sewa lagi dan tolak gaji. Allah mudahkan urusan aku dgn anak-anak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu dan mendoakan agar dia sentiasa tabah menghadapi ujian.

Sumber: Threads