Seorang wanita tampil mempertahankan penyanyi Aina Abdul daripada terus dikecam gara-gara memakai jaket sejuk semasa musim panas ketika berada di luar negara.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Semakin Terbuka Nyanyi Karya Komposer Lain

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Sudah Hantar Pencalonan AIM24 – ‘Doakan Saya’

Cuaca sejuk

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut menjelaskan, suhu di luar negara berbeza dengan suhu di Malaysia meskipun sedang mengalami musim panas ketika ini.

Sekarang kami dekat Sepanyol dan di sini musim panas.

Baru-baru ini Aina Abdul ada post gambar dia pakai jaket dekat Paris tetapi orang kecam sebab sekarang musim panas.

Saya bukan peminat dia, tapi cuma nak cakap kebenaran.

Sekarang memang musim panas tetapi suhu 24 darjah celcius. Saya rasa suhu dekat sini memang sejuk dan suhu dekat Paris lagi rendah, mungkin dalam 20 darjah celcius.

Kalau pergi Cameron Highland dan Genting Highland pun awak pakai jaket bukan? Jadi kita memang tak tahan sejuk.

Menurut wanita tersebut, tindakan pelantun lagu Sumpah itu adalah normal berikutan Malaysia tidak mengalami perubahan cuaca empat musim.

Sebab itulah saya rasa normal sahaja pakai jaket nipis. Tetapi 24 darjah celcius itu agak sejuk..angin pun sejuk.

Kalau ada rakyat Malaysia yang duduk dekat luar negara dan mengatakan suhu itu panas, mungkin dia sudah dapat menyesuaikan diri.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan wanita tersebut dan turut berkongsi pengalaman mereka ketika berada di luar negara.

Dalam masa yang sama, mereka juga meluahkan rasa simpati terhadap Aina yang sering menerima kecaman kerana fesyen yang digayakannya.

Sumber: TikTok