berita

Wanita Bantu Urus Bayi Pesakit Katil Sebelah Terima Pujian

June 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Ketika pandemik COVID-19 melanda di negara kita, proses bersalin untuk ibu hamil sangat menguji mental dan fizikal mereka. Para suami juga tidak dapat untuk menemani isteri ketika bersalin kerana prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Tolong tukarkan lampin anak ‘jiran’ sebelah katil

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Siti Zulaiqa di akaun Facebook, kelihatan dirinya menolong bayi milik seorang ibu di katil sebelahnya dengan mambantu menukarkan lampin pakai buaang dan menukar baju bayi berkenaan dengan ikhlas.

Video yang berdurasi seminit 48 saat itu, kelihatan Iqa sedang menyediakan kelengkapan bayi tersebut sebelum dia mendukung serta meletakkannya di atas katil bagi menukarkan lampin serta menukarkan baju bayi tersebut.

Selepas selesai membersihkan bayi berkenaan, Iqa dilihat menyerahkan semula bayi berkenaan kepada wanita yang berada di sebelah katilnya itu kerana hendak mengemas barang yang telah digunakan untuk meringankan beban ibu kepada bayi berkenaan.

‘Tak salahkan tolong katil sebelah..’

‘Best sangat jumpa orang-orang yang baik..’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan wanita berkenaan yang telah menolong meringankan beban ibu kepada bayi berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman mereka semasa berada di wad bersalin.

Sumber : Siti Zulaiqa

SKIP THIS AD ×