Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang wanita di Indonesia yang bersuami dua (poliandri) dan lebih mengejutkan mereka bertiga tinggal di bawah satu bumbung.
Wanita ada dua suami
Tindakan Siti mengahwini dua lelaki iaitu Somad dan Abdul telah mencetuskan kemarahan penduduk kampung yang menggangap mereka telah mencemarkan nama baik agama Islam.
Meskipun pernah dihalau dari kampung namun Siti dan suami-suaminya bertegas untuk tinggal bersama. Menurut sumber, mereka bertiga mengusahakan sebuah gerai kecil dan kedai gas malah mereka mencari rezeki dan menyara hidup bersama. Jelas Somad, mereka bertiga hidup dalam suasana harmoni tanpa rasa cemburu antara satu sama lain.
Difahamkan, rumah mereka hanya mempunyai dua bilik tidur dan Siti akan tidur di bilik suami-suaminya mengikut giliran. Jika mahu melakukan hubungan intim bersama suami, Siti perlu menunggu seorang lagi suaminya tidur dahulu.
Sebagai peringatan, Islam melarang amalan poliandri.
Sumber: Aceh Tribunnews