Seorang individu tampil bersuara susulan tindakan segelintir netizen yang mula membandingkan usaha golongan lelaki dalam menghalalkan pasangan masing-masing.

Artikel Berkaitan: Sahabat Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang ‘Simple’ – ‘Mana Boleh, I Am Serious About It‘

Artikel Berkaitan: Space Dollah Dedah Syed Saddiq Ungkap ‘I Love You’ Buat Pertama Kali – ’33 Tahun Tak Pernah Dengar…’

Syed Saddiq ‘green flag’

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, individu terbabit meluahkan rasa kurang selesa apabila usaha segelintir lelaki seakan dipandang rendah susulan perbandingan hantaran pertunangan yang diberikan oleh Saddiq kepada Bella Astillah.

Menurut individu terbabit, setiap lelaki memiliki usaha tersendiri dalam menghalalkan pasangan dengan mengikut kemampuan masing-masing.

Tak adil nak bandingkan Syed Saddiq dengan lelaki lain. Ramai lelaki yang berusaha untuk bahagiakan wanita yang dia sayang, siap buat dua ke tiga kerja nak halalkan.

Syed Saddiq ahli politik, dah umur 30 lebih mestilah stabil dari segi kewangan dan emosi.

Selain itu, individu berkenaan turut berpendapat bahawa wanita perlu mencari pasangan yang sekufu dari segi tahap pemikiran dan tidak menitikberatkan kestabilan kewangan semata.

Siap perli lelaki 50/50 masa bercinta. Awak pun nak lelaki provider, cuma tengok diri sendiri juga.

Cari sekufu, bukan hanya duit tapi termasuk cara pemikiran dan pemahaman.

Sebelum ini, hantaran pertunangan Saddiq menyorot perhatian apabila diberikan dalam bentuk simpanan kewangan, iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella, serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada dua anak aktres itu.

Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh aktres tersebut.

Sementara itu, pihak Bella pula memberi hantaran berupa set pakaian, minyak wangi, makanan kucing dan beberapa barangan lain.

Sumber: Threads @izzati.kamsani