Semalam orang ramai dikejutkan dengan berita seorang bayi perempuan dicampak dari tingkat 18 Flat Danau Kota Setapak.
Lebih menyedihkan bayi tersebut ditemui dalam keadaan parah dan masih lagi terdapat uri dipercayai baru saja dilahirkan.
Dah meninggal sebelum campak
Netizen meluahkan rasa geram terhadap apa yang berlaku. Hari ini, wanita yang didakwa mencampak bayi tersebut mendakwa anaknya sudah meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum dicampak.
Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wujud pelbagai andaian tentang wanita ini. Ada yang mendakwa dia mengalami tekanan perasaan setelah ditinggalkan suami kira-kira dua tahun yang lalu.
Sumber : HMetro