berita

Wanita Dakwa ‘Dikacau’ Anggota Polis Di WhatsApp Tampil Buat Laporan

June 30th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai seorang wanita mendakwa dirinya telah dikacau oleh seorang anggota polis apabila polis berkenaan menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Tular anggota polis kacau seorang wanita

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pada 29 Jun pihak polis mengesan satu isu yang telah tular di media sosial berhubung seorang wanita mendakwa dirinya dikacau oleh anggota polis.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang penganalisis pelaburan telah membuat laporan polis berkaitan dengan isu itu di Balai Polis Gombak pada pukul 7.30 malam dan pegawai penyiasat akan mengambil keterangan dalam masa terdekat.

Berjaya mengenal pasti anggota terbabit

Sekadar gambar hiasan

Jelasnya lagi, kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak akan melindung mana-mana anggota atau pegawai yang telah melakukan kesalahan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×