berita

Wanita Dakwa Jumpa Buku Jampi Dalam Beg Founder Kecantikan Ketika Beli Preloved Beg – ‘Banyak Lagi Rahsia’

May 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Haslina Hashim menceritakan dia terjumpa buku jampi dipercayai milik pengasas produk kecantikan mengejutkan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Dipercayai Angkara ‘Sihir’, Wanita Mengandung Meraung Kesakitan Ketika Dirawat Ustaz

Jumpa buku pelik

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat sebuah buku kecil lama berwarna merah dan di dalamnya terdapat beberapa nota yang dipercayai jampi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud-maksud di sebalik nota yang tercatat pada buku berkenaan.

Saya jumpa buku jampi yang dimiliki oleh founder produk kecantikan. Pakai jampi rupanya guys. Banyak lagi rahsia.

Dakwa pemilik video ini lagi, pengasas produk kecantikan itu sudah pun meninggal dunia dan buku itu dijumpai oleh wanita ini ketika membeli beg yang dijual secara preloved.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 400k tontonan dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sempat memberikan nasihat kepada pemilik video ini supaya lebih berhati-hati.

Owner buku ini dah arwah. Saya terjumpa dalam handbag dia yang saya beli preloved. MasyaAllah semoga kita semua terhindar daripada syirik.

Video penuh:

@ninarichiiii Buku JAMPI #founderkosmetikmalaysia #kosmetik #skincare #2ndwife #scary #unsecured #jampi #nakcantik #malaysia ? Scary Sounds – Bobby Cole

Respon netizen

Sumber: Haslina Hashim

SKIP THIS AD ×