Seorang wanita yang mendakwa telah terlanjur dan dipaksa oleh pelakon, Ikhlas Jalil untuk menggugurkan kandungan menjelaskan sudah membuat laporan polis berhubung perkara terbabit.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Lelaki Didakwa Tak Mahu Bertanggungjawab Selepas H*milkan Wanita – ‘Dia Bagi Duit Untuk Saya G*gurkan’

Dah buat laporan polis?

Ketika dihubungi oleh OhBulan!, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Hana mendakwa dia cuba menghubungi Ikhlas selepas kejadian itu untuk berbincang, tetapi tidak menerima sebarang respon daripada pelakon tersebut.

Awalnya saya minta untuk selesaikan secara baik tanpa perlu sampai ke tahap ni (polis) tapi dia memang tak dapat dihubungi langsung Saya juga cuba mencarinya melalui rakan-rakan saya, tetapi dia langsung tidak menjawab panggilan.

Jadi ini saja jalannya. Dia boleh pilih untuk berdiam diri atau bertanggungjawab kerana laporan sudah dibuat.

Bercerita mengenai tempoh perkenalan mereka, Hana mendakwa dia dan Ikhlas sudah mengenali satu sama lain hampir setahun sebelum perkara tersebut berlaku.

Sejak awal kehamilan pada Disember tahun lalu, Ikhlas memang sudah tahu. Saya mengesannya pada usia kandungan dua minggu kerana lambat datang haid. Setiap kali mengalami kelewatan, saya memang akan maklumkan kepadanya.

Namun, sebaik sahaja dia tahu saya hamil, dia terus mendesak saya untuk menggugurkan kandungan kerana tidak mahu perkara ini diketahui orang lain.

Kandungan dah tak ada, gugur pada Januari 2025.

Dakwa ada wanita lain jadi mangsa?

Sementara itu, Hana mengakui pada awalnya dia enggan menuruti permintaan itu, namun akhirnya akur selepas aktor terbabit didakwa merayu dan memaksa.

Lebih mengejutkan, Hana mendedahkan selepas isu tersebut tular, beberapa individu lain turut tampil berkongsi pengalaman mereka yang didakwa pernah menjadi mangsa aktor itu.

Selepas isu ini viral , ada 2 hingga 3 orang yang pernah kenal dia dan juga pernah jadi mangsa.

Mereka tidak mahu membuka aib sendiri, jadi mereka hanya mendiamkan diri selama ini. Bekas teman wanitanya juga ada yang menghubungi saya dan mendedahkan sikap sebenar Ikhlas.

Apabila ditanya sekiranya Ikhlas hadir merayu dan ingin bertanggungjawab, Hana berkata keputusan itu bukan lagi di tangannya.

Saya akan bertanya kepada keluarga dahulu. Saya tidak mahu membuat keputusan sendiri kerana takut tersilap lagi. Namun, jika dia masih berdiam diri, laporan tetap berjalan dan tindakan mahkamah akan dikenakan.

OhBulan! sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Ikhlas Jalil berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, Hana mendakwa seorang pelakon enggan bertanggungjawab selepas menghamilkannya sebaliknya dia dibayar dan dipaksa untuk menggugurkan kandungan.

Perkongsian video di TikTok

@farrahannahb? original sound – C A N T I K K K ?