berita

Wanita Didakwa Bunuh Suami Sendiri, Siap Minta Tolong Anak Angkat Mayat Tapi..

August 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan kepada seorang wanita dari Indiana, Amerika Syarikat, apabila dia didakwa membunuh suaminya dan memotongnya dengan menggunakan kapak.

Tidak berakhir di situ, wanita ini juga dipercayai sempat meminta anak-anaknya untuk membantu membuang mayat suaminya.

Isteri didakwa bunuh suami sendiri

Foto: New York Post

Lapor New York Post, suspek yang dikenali sebagai Thessalonica Allen, 34 tahun, telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai menembak suaminya Randy Allen di bilik tidur pangsapuri mereka di Laporte pada 27 Julai yang lalu. Difahamkan, anak kepada mangsa sempat mendengar tembakan tersebut ketika berjalan ke bilik tidur namun, suspek menjelaskan kepada kanak-kanak itu supaya mengabaikan permintaan mangsa yang meminta mereka untuk membuat panggilan kecemasan.

Bahkan, suspek hanya menyuruh anak-anak mangsa untuk kembali ke bilik seperti biasa. Susulan daripada pembunuhan itu, anak kepada suspek dipercayai cuba membantu mengheret mangsa ke dalam kereta namun, mayat mangsa dilaporkan terlalu berat.

Potong kaki mangsa

Sekadar gambar hiasan

Pada keesokan harinya, suspek didakwa memotong kaki suaminya dan meminta anak-anakya untuk memasukkan mayat ke dalam sebuah beg. Mayat mangsa berjaya dijumpai oleh pihak polis di bilik tidur anak perempuan mangsa.

Remaja itu menyatakan ibu memiliki rancangan untuk membawa kenderaan dan membuang mayat ke South Bend, dan membakarnya.

Pihak polis berjaya menangkap suspek susulan bekas kekasihnya yang membuat laporan akan pembunuhan itu. Suspek bagaimanapun, mendakwa suaminya bertindak memukulnya dan dia mengambil keputusan menembak mangsa bagi melindungi dirinya daripada serangan fizikal.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×