Sekadar gambar hiasan
Jodoh, rezeki, ajal dan maut sudah ditetapkan oleh Allah SWT dan sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu menerima segala ketentuan dengan ikhlas.
Meninggal dunia sebab keracunan makanan?
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Sahara Nabillah berkongsi kisah duka yang dilalui mereka sekeluarga menerusi satu hantaran di Facebook. Hantaran tersebut kemudian dikongsikan semula oleh seorang pengguna di aplikasi X.
Sahara mendakwa ibu saudaranya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat keracunan makanan. Lebih mengejutkan apabila makanan yang dijamah arwah dipercayai dibeli di sebuah kedai di kawasan R&R Perasing Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Datang dari Johor ke Terengganu untuk pendaftaran anak buah ke sebuah universiti. Singgah makan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di LPT 2, makan sandwich beli di R&R tersebut. Rupanya makanan itu basi, kena keracunan makanan.
Dakwa Sahara lagi, keadaan ibu saudaranya agak teruk sehingga dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun disahkan meninggal dunia.
Dua mangsa makcik dan anak buah tapi keadaan mak cik teruk. Kritikal muntah dan tak henti buang air besar, masuk air, collapse.
Insiden berlaku dalam masa 2 hari sahaja, amat dukacita.
Susulan apa yang berlaku, Sahara sempat menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli makanan selain meninggalkan pesanan buat para peniaga agar bertanggungjawab dengan menyediakan makanan yang bersih dan tidak tercemar.
Dakwa individu terbabit lagi, pihak hospital telah melaporkan kejadian tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Setakat artikel ditulis, pihak hospital dan KKM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit.
Hantaran di Facebook
Sumber: Aplikasi X, Sahara Nabillah