berita

Wanita Dilema, Mak Tak Restu Kahwin Lelaki Tabligh Risau Nafkah Anak Terabai

May 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita berkongsi tentang masalah yang dihadapinya iaitu hubungannya bersama seorang lelaki tabligh tidak direstui ibunya sendiri.

Artikel Berkaitan: Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Nak Guna Duit Menang GV8 Untuk Aktiviti Tabligh & Keluarga Di Singapura

Apa yang patut dilakukan?

Gambar sekadar hiasan

Menerusi satu perkongsian di Twitter, wanita tersebut meluahkan bahawa dia kini dalam dilema antara pilihan hati atau restu ibu.

Menurut wanita itu, ibunya tidak merestui kerana lelaki itu merupakan ahli tabligh yang sering ‘keluar’ rumah.

Mak kata orang tabligh selalu tinggal bini dekat rumah biar bini kelaparan.

Mak bagi contoh jiran sebelah, jiran sebelah tu suaminya selalu tinggal bini seorang diri di rumah. Suaminya tak bagi bekerja akhirnya bercerai. Mak takut saya jadi macam ini.

Dia yang sedang dalam kebuntuan itu bagaimanapun menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang baik, tahu ilmu agama dan ikhlas menerima dirinya.

Jadi apa yang perlu saya buat sekarang ini? Saya betul-betul berkenan dengan lelaki itu kerana dia melayan saya dengan sangat baik, saya tak pernah dapat layanan sebaik itu.

Dia dah banyak habiskan duit dekat saya. Dia tak pernah berkasar dengan saya sekali pun. Kalau time saya marah dia selalu pujuk saya sampai saya tenang.

Dia selalu ingatkan saya tentang solat, dia pun selalu ajak saya bangun tahajud.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu mengakui merasa terkilan jika melepaskan lelaki tersebut tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu menjadi yang anak derhaka.

Hati saya berat nak lepaskan dia. Tolong, apa yang patut saya buat, saya buntu takut nanti kalau lawan cakap mak, dikira derhaka walhal dia tak tau banyak dah lelaki sakitkan hati saya sebelum ini.. tak layan saya dengan elok.

Bila dah jumpa yang baik, macam ini pula jadinya. Terkilan juga rasanya.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa wanita itu perlu menyelidik latar belakang lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bersama dengannya.

Malah mereka juga bersetuju dengan ibu wanita itu dengan menekankan bahawa kewangan yang stabil sangat penting di dalam rumah tangga.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×