berita

Wanita Disihir Selepas Seluar Dalam Hilang, Mimpi Gambar Dipuja & Kulit Dihiris

October 5th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Viral di TikTok mengenai kisah seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa sihir angkara perbuatan keluarga sendiri. Episod hitam itu dipercayai berlaku selepas timbul perbalahan mengenai isu harta pusaka dalam keluarga.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sempat Nak Jamah Isteri Kedua Pada Malam Pertama, Dah Dia Muntah Paku..’

Artikel Berkaitan: Kepala Bagai Nak Meletup & Perut Membusung, Wanita Disantau Rakan Selepas Minta Hutang

Kerap terperanjat

Menurut pengamal perubatan Islam, sihir tersebut dihantar menggunakan pakaian dalam milik wanita malang itu.

Dua kali seluar dalam yang dijemur di belakang rumahnya hilang. Rumah tersebut adalah rumah kampung. Walaupun belakang rumah lapang, tapi tak ada orang yang lalu lalang. Ingatkan selamat, rupanya tidak.

Ujar Ustaz Hasnan, wanita berkenaan sering mengalami mimpi yang pelik sejak kehilangan seluar dalamnya. Tambah Ustaz Hasnan, wanita itu sering mimpi dirinya dipuja menggunakan beberapa keping gambar.

Dia kerap mimpi seluar dalam dan gambar dipuja. Kemudian dia akan terperanjat daripada tidur, jantung berdebar laju. Dia memang perasan yang seluar dalam dah hilang dua kali. Selepas kejadian itu, dia mula menghidap penyakit misteri.

Kulit tak boleh disentuh sebab terasa bisa seolah-olah dihiris. Kalau bergesel dengan baju pun dia rasa terseksa sangat.

Di samping itu, wanita tersebut turut memberitahu dia telah menjumpai tompokan tanah kubur di hadapan pagar keretanya sebanyak dua kali.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang sebaik sahaja membaca perkongsian tersebut.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×