berita

Wanita Ditahan Polis Selepas Upload Gambar Bayi Yang Diculik Di FB

September 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: AL.Com

Peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga sesuai digunakan bagi mengambarkan tindakan seorang penculik di Alabama, Amerika Syarikat, yang bertindak memuat naik foto bersama bayi yang diculiknya. Difahamkan, gambar yang dimuat naik oleh suspek di Facebook telah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa.

Muat naik foto di Facebook

Anak_Diculik

Foto: AL.Com

Menerusi laporan dipetik daripada AL.Com, bayi yang dikenali sebagai Kamarion Taylor baru sahaja berusia empat hari dilaporkan hilang oleh ibunya di rumah mereka di Fairfield, Alabama, Amerika Syarikat. Ujar nenek bayi tersebut Tasha Taylor, suspek Lakesha Brown, dipercayai memuat naik foto dirinya bersama dengan bayi tersebut di Facebook.

Nenek bayi itu mendakwa suspek telah merancang untuk menculik cucunya sejak kali pertama mereka berkenalan. Bagaimanapun, bayi tersebut telah pun berjaya diselamatkan dan disatukan semula bersama ahli keluarganya.

Difahamkan, bayi tersebut ditemui semula di sebuah taman di Brighton beberapa jam selepas suspek ditahan atas tuduhan penculikan. Ujar Timbalan Ketua Polis Jefferson, David Agee menjelaskan pihaknya berdepan dengan kesukaran dalam menjejaki suspek.

Kami ada tahanan dan kenderaannya tetapi kami tidak jumpa bayi ini.

Video kejadian:

Sumber: AL.Com&lt

SKIP THIS AD ×