berita

Wanita Diumpan Dengan Dadah Sebelum Dipukul & Dirogol

August 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Dirogol Selepas Diumpan Dengan Dadah

Tragedi hitam buat seorang wanita apabila dirinya dipukul dan dirogol oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya di sebuah perhentian bas di kawasan Padang Kapital, Ampang Jaya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Wanita Ditemui Separuh Bogel Dengan Kepala Dicukur, Didakwa 12 Tahun Dikurung Suami

Diumpan dengan dadah

Dirogol Selepas Diumpan Dengan Dadah

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku selepas suspek mengajak mangsa untuk menagih dadah di sebuah rumah sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, mangsa yang berusia 34 tahun berkenalan dengan suspek yang berusia 41 tahun sebelum diajak ke rumahnya di Pandan Indah untuk menagih dadah dengan menaiki motosikal.

Sehinggalah ketika mereka berada di rumah, suspek kemudiannya memukul mangsa di bahagian badan, kepala dan muka sebelum bertindak merogolnya sambil disaksikan seorang lagi suspek wanita yang disyaki merupakan teman wanitanya.

Susulan itu, pada 6.20 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan di sebuah bilik hotel di kawasan Batu Caves.

Tangkapan membabitkan lelaki dan wanita, masing-masing berusia 41 dan 39 tahun.

Tambah Mohd Azam lagi, suspek pertama mempunyai 29 rekod lampau jenayah dan dadah manakala suspek kedua mempunyai sembilan rekod lampau dadah.

Ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine dan amphetamine.

Kini, suspek lelaki direman seminggu manakala suspek wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×