berita

Wanita ‘Durjana’ Campak Anak Sendiri Ke Dalam Kandang Beruang

February 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: The Sun UK

Seorang wanita di Tashkent, Uzbekistan didakwa mencampak anak perempuannya berusia tiga tahun ke dalam sebuah kandang beruang di sebuah zoo.

Ketika insiden tersebut berlaku mangsa dikatakan berpura-pura meninggal dunia dan para pengunjung yang berada di tempat kejadian cemas apabila haiwan tersebut mula menghidu kanak-kanak kecil itu.

Dicampak oleh ibu sendiri

Foto: The Sun UK

Menerusi laporan The Sun UK, beberapa penjaga zoo berjaya mengalihkan perhatian beruang berwarna coklat dan mangsa berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, kanak-kanak ini terpaksa dirawat di hospital berikutan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta luka berikutan terjatuh akibat dicampak oleh ibunya.

Kami takut untuk memikirkan bagaimana jika beruang itu bertindak balas dan membaham anak kecil itu.

Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka siasatan dan mendakwa wanita tersebut cuba membunuh anaknya dan boleh dikenakan hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Tak berjaya halang

Foto: The Sun UK

Mereka yang berada di tempat kejadian mendakwa tidak berjaya menghalang tindakan suspek yang ketika itu cuba mencampak anaknya dari atas penghadang keselamatan dan motif sebenar kejadian tersebut tidak dapat dipastikan.

Zuzu yang merupakan seekor beruang coklat jantan jenis Kaukasia sedang memerhati wanita itu ketika dia melempar anak kecilnya melepasi pagar besi lalu terjatuh ke dalam parit. Zuzu bergerak ke arah kanak-kanak itu lalu menghidunya dan berjalan kembali.

Mangsa disahkan mengalami gegaran otak berikutan terjatuh dari platfom berketinggian lima meter serta mempunyai luka di bahagian kepala.

Kini, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Sumber: The Sun UK

SKIP THIS AD ×