Sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan identiti seorang wanita yang menuduh dirinya berzina dengan suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Tahu Juga Suami Orang Mana Saya Dah Main’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Ambil Anak Kata Nak Bawa Pergi Waterpark, Tak Tahu Pula Bertukar Jadi Majlis Nikah’ – Shakilla Khoriri
Mohon maaf
Terbaharu, wanita tersebut yang dipercayai berasal dari Terengganu itu tampil memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya sehingga mengundang rasa marah aktres berusia 34 tahun itu.
Hi Shakilla maaf untuk komen ini, saya tak pernah ambikl tahu tentang awak. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Saya komen pun fasal suami orang berdasarkan awak punya kenyataan dulu-dulu. Maaf ya.
Shakilla berkongsi permohonan maaf wanita berkenaan di Instagram miliknya, pada Khamis.
Dalam masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam meninggalkan komen sekiranya tidak tahu kesasihan sesuatu berita.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan OhBulan!, Shakilla dilihat sudah memadam perkongsian tersebut tidak lama kemudian.
Terdahulu, Shakilla mengajak seorang wanita untuk bertemu secara empat mata selepas mendakwa dirinya melakukan hubungan zina dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Sumber: Instagram