Kelmarin gempar mengenai berita kematian seorang wanita hamil yang dipercayai di toreh di bahagian perut sebelum mayatnya dibakar oleh teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: Berang Niat Nak Sembunyi Kehamilan Ditolak, Teman Lelaki Robek Perut & Bakar Teman Wanita
Tikaman di dada jadi punca kematian
Memetik laporan Harian Metro, hasil bedah siasat mendapati punca kematian wanita tersebut adalah diakibatkan oleh luka tikaman di dadanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, keputusan itu diperoleh selepas bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh ke atas mayat mangsa.
Sebab kematian mangsa adalah kerana luka tikaman di dada selain badan yang melecur.
Tambah Agus Salim, suspek yang berusia 20 tahun kini dalam tahanan reman polis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selamat dikebumikan
Dalam pada itu, jenazah mangsa sudah pun selamat dikebumikan kira-kira jam 8.25 malam di Sungai Besar pada Jumaat.
Majlis pengebumian tersebut turut dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.
Sekadar info, mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan terbakar di dalam belukar oleh orang kampung.
Difahamkan, mangsa ditoreh di bahagian perut sebelum dibakar teman lelakinya yang berang dengan mangsa yang tidak bersetuju untuk menyembunyikan kehamilannya.
Sumber: Harian Metro