berita

Wanita Hamil Masuk ICU Teruk Dipukul Suami, Retak Tulang Belakang, Suami Lesap Lepas Ambil Cincin Emas

May 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga dia dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Paling menyedihkan apabila wanita berkenaan sebenarnya sedang hamil dan kandungannya masih baru.

Terdapat kesan lebam pada muka dan tangan pesakit

Berita mengenai wanita terbabit telah dikongsi oleh adiknya sendiri yang mendapat tahu kakaknya telah dimasukkan ke wad ICU. Setelah dia tiba di wad berkenaan, dia melihat kakaknya sedang terlantar  di katil namun jururawat yang bertugas memberitahu agar tidak mendekati pesakit kerana perlu dibersihkan dahulu.

Ketika dia sedang menunggu kakaknya itu, doktor pakar bahagian otak ingin berjumpa dengannya untuk memberi keterangan mengenai kondisi kakaknya itu. Hasil daripada keterangan terbabit, didapati kakaknya mengalami keretakan tulang pada bahagian belakang, rahang dan juga pada bahagian muka.

Tidak terhenti disitu, doktor memberitahu juga yang pesakit mengalami lebam pada bahagian muka dan mata pesakit merah akibat lebam berkenaan. Selain itu, tangannya juga mempunyai tanda kesan-kesan lebam berwarna hitam dan juga bengkak.

Sempat mengambil cincin emas sebelum menghilangkan diri

Sewaktu dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan, kakaknya telah mengalami pendarahan otak yang agak serius dan mengakibatkan seluruh otaknya dipenuhi dengan darah sehingga perlu menjalani pembedahan otak selama 12 jam.

Menurutnya, kakaknya itu seorang yang lemah lembut dan tidak pernah marah-marah mahupun melenting namun ujian yang dihadapi oleh kakaknya itu begitu berat.

Walau bagaimanapun, suami kepada kakaknya itu hanya menghubungi dia untuk memberitahu kakaknya berada di wad ICU dan pihak hospital memerlukan waris untuk dihubungi. Turut dikatakan juga, ketika suaminya menghantar isterinya itu ke hospital, suaminya sempat mengambil cincin emas pada jari isterinya sebelum hilang tanpa dikesan.

Akibat tidak sanggup melihat kakaknya yang diperlakukan dengan kejam sehingga kakaknya terpaksa bertarung nyawa seorang diri dengan kandunganya yang masih baru, dia telah membuat laporan polis untuk menuntut bela bagi pihak kakaknya itu.

Rupanya pernah ada pasangan sebelum ini

Di sebalik kisah perit yang dialami oleh wanita berkenaan, rupa-rupanya suaminya sudah ada isteri pada sebelum ini. Pendedahan berkenaan telah buat oleh seorang wanita yang mengaku bahawa dia baru mengetahui perkara ini selepas menjadi viral.

Dikatakan selama empat tahun perkahwinan mereka, wanita berkenaan tidak tahu langsung mengenai suaminya yang mempunyai isteri lain. Malah mempunyai anak yang berusia setahun lebih dan kini sedang hamil anak mereka yang kedua. Walau bagaimanapun, wanita tersebut memilih untuk mendiamkan diri saja.

Sumber : Fazariah Nordin , ziahzara15

SKIP THIS AD ×