berita

Wanita Hampir Dibunuh Suami Kerana Tanya #AwakKatMana

December 3rd, 2014 | by Wan
Kini Trending

Young man pulling young woman by hair

Kalau semalam kami ada siarkan video troll ‘keeper kat mana’, hari ini sebuah akhbar melaporkan seorang kerani dibelasah teruk dan hampir dibunuh oleh suaminya kerana pertanyaan ‘awak kat mana’.

Suspek yang berang dengan pertanyaan itu bertindak memukul dan menumbuk muka mangsa sebelum mengambil pisau pemotong daging dan pisau Rambo bertujuan membunuh mangsa.

Tindakan pantas mangsa yang berusia 34 tahun itu melarikan diri masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik menyelamatkan nyawanya.

Setelah menerima panggilan daripada mangsa, sepasukan lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bergegas ke rumah mangsa yang terletak di Batu 4, Jalan Klang Lama.

Suspek telah pun diberkas dan direman bagi membantu siasatan. Jadi kepada para isteri di luar sana, jangan tanya suami korang ‘awak kat mana’ berulang kali.

Sumber : Hmetro

SKIP THIS AD ×