Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita hamil hampir keguguran akibat cuaca panas selepas ibu mentuanya melarang dia menggunakan penyaman udara di rumahnya.
Artikel Berkaitan: Berang Anak Malas Menyapu & Basuh Baju, Ibu Naik Angin Siram Dengan Air Panas Sampai Muka Melecur
Artikel Berkaitan: Berang Anak Malas Menyapu & Basuh Baju, Ibu Naik Angin Siram Dengan Air Panas Sampai Muka Melecur
Tidak layak dapat keselesaan
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Qingdao, wanita dari wilayah Guangdong di selatan China itu berkata suaminya mencadangkan dia untuk berhenti bekerja semasa dia sedang hamil dan dia tinggal bersama ibu mentuanya.
Kejadian berlaku pada 10 Jun lalu dengan suhu pada ketika itu mencecah 38 darjah Celcius sehingga menyebabkan wanita itu kepanasan lalu menghidupkan penyaman udara.
Bagaimanapun, ibu mentuanya menghalangnya dengan mendakwa bahawa dia tidak layak mendapatkan selesaan kerana bukan dia membayar bil di rumah itu tetapi semuanya ditanggung oleh anak lelakinya.
Wanita hamil itu berkata dia tidak dapat bernafas dengan baik dan mula berpeluh dengan banyak. Dia kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan dan segara dibawa ke hospital berdekatan.
Setelah menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa dia boleh mengalami keguguran jika dia tidak dirawat dengan segera.
Saya panik dan takut. Saya tidak akan memaafkannya dan saya akan pindah.
Sementara itu, insiden tersebut tular di media sosial di China dan rata-rata warganet mengecam tindakan kejam ibu mentua wanita berkenaan.
Sumber: South China Morning Post