Seorang wanita mengimbas kembali momen semasa pelakon Kamal Adli membantunya ketika dia mengalami kesukaran untuk memandu keluar keretanya.

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Harap Pelakon Baru Hargai Peluang Berlakon

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Tepis Dakwaan Ke Mahkamah Syariah, Hubungan Dengan Isteri Dalam Keadaan Baik – ‘Mustahil Saya Sampai Ke Tahap Itu’

Kamal bantu

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, wanita tersebut berkongsi dia mengalami kesukaran untuk memandu keluar keretanya dari kawasan parkir ketika menghadiri ke sebuah acara.

Wanita tersebut kemudian meminta bantuan Kamal yang kebetulan berada di situ.

Saya pernah minta tolong Kamal Adli reverse kereta sebab masa itu dekat parking ada program media, memang sesak.

Kamal tak habis-habis sebut, ‘awak boleh buat, saya percaya awak boleh’ sambil guide saya.

Saya masa tu dah serabut, akhirnya saya kata pada dia, ‘awak masuklah tolong reverse.’

Menurut wanita itu, kejadian tersebut telah lama berlalu iaitu semasa aktor berkenaan masih lagi berstatus bujang.

Kejadian tu dah lama, Kamal masa tu pun single lagi.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pelakon Takluk: Lahad Datu tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang yang baik hati.

Kamal Adli memang tak sombong, minat sangat dekat dia dari zaman Hero Remaja lagi.

Random betul, tapi baguslah Kamal jadi cheerleader bagi semangat dan tolong awak.

Biasanya kalau ada orang tengok atau bagi semangat, kita akan automatik jadi panik. Kelakarlah Kamal tapi baik hati dia tetap tolong.

Sumber: Threads