Foto hiasan dari Additude
Pendedahan mengejut dari pelakon dan pengacara Janna Nick yang disahkan berdepan dengan masalah bipolar disorder telah curi perhatian ramai. Di Instagram, Janna Nick menceritakan dia pernah dua kali dalam cubaan untuk membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya.
Artikel berkaitan: Janna Nick Dedah Pernah 2 Kali Cuba Bunuh Diri
Artikel berkaitan: ‘Rupanya Dia Tengah Diuji’ – Siti Sarah Terkejut Dapat Tahu Masalah ‘Bipolar Disorder’ Janna Nick
Isu ini mendapat perhatian umum dan salah seorangnya merupakan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Aifa Azlan. Wanita ini turut berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah kesihatan mental yang pernah dilaluinya.
Sakit sumpah sakit
Maka terjawab sudah. Betullah andaian aku haritu masa Janna Nick post video menangis dekat Instagram hari itu. And today Janna Nick sendiri bagitahu dia clinically diagnosed with bipolar disorder. Sama macam penyakit aku.
Aku dah setahun doktor diagnosed with bipolar disorder dan belum lagi boleh discharge dari PSY. Masih lagi tidur dengan bantuan ubat. Tapi tak mengapa aku dah reda. Sekurang-kurangnya makan ubat otak aku boleh rest secukupnya. Kalau tak seksanya hidup bila tidur otak masih bekerja. Otak overload. Macam-macam fikir sampai kena serangan panic. Sakit sumpah sakit.
Jujur aku cakap, aku kalau tengok tingkahlaku, percakapan orang aku boleh tahu dia sakit ke tak. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Aku dah makan garam. Even orang tu tak bercerita, aku tengok gaya dan cara dia aku boleh tahu dia tengah down, stress atau depress.
Fasa manic
Kredit foto: Additude
Ni ciri-ciri bipolar disorder. Ada dua fasa. Fasa manic dan fasa low (depression). Fasa manic biasanya seseorang akan merasa sangat bertenaga, banyak cakap, banyak idea, otak brgerak dengan laju, membeli-belah tanpa kawalan, memandu secara merbahaya, dan lain lain.
Ada satu lagi seseorang itu yang dulunya biasa je tiba-tiba drastik berubah jadi alim. Selalu bercakap pasal agama. Macam aku dulu la masa tahun 2019. Terlalu drastik berubah. Rupanya doktor cakap masa tu aku dalam fasa manic. Takpun dari alim tiba-tiba pergi buka tudung atau pakai ketat-ketat. Ni pun sama juga.
Fasa low (depression)
Kredit foto: Emerald
Rasa sedih yang berpanjangan, rasa kosong, hilang minat kepada benda yang disukai. Cepat letih dan tak bertenaga. Rasa diri tak berguna, rasa bersalah, gangguan tidur, payah untuk membuat keputusan.
Bahaya kalau kita tak sedar tentang penyakit kita. Doktor cakap ada ramai orang bisnes ada bipolar. Bila tak sedar dia akan spending spree atau buat pelaburan sampai licin duit dalam akaun.
Sekarang otak aku dah boleh berfikir secara waras bila dah dapatkan rawatan. Aku tak buat keputusan secara melulu. Aku dah tak ambil tahu benda remeh-temeh. Benda-benda kecik pun aku tak masukkan dalam kepala otak. Emosi aku makin stabil. Otak aku rileks. Tenang. Aku betul-betul dapat tidur cukup 8 jam sehari. Alhamdulillah.
And one more thing. Doktor akan diagnose seseorang itu ada bipolar selepas seseorang itu mengalami episod depression yang teruk dalam hidup dia. Dan mostly yang ada bipolar adalah orang yang kuat bekerja menggunakan otak dan biasanya cantik. Hahaha ni doktor yang rawat aku cakap tau.
Sumber: Aifa Azlan