Sekadar gambar hiasan
Di Syria, tindakan seorang wanita yang merakam perbuatan suaminya yang sedang mencuci pinggan sebelum muat naik video tersebut di laman TikTok, mengundang padah selepas lelaki berkenaan didakwa menceraikannya.
Gara-gara muat naik video
Foto: Gulf News
Memetik laporan media tempatan, rakaman video tersebut menggunakan background music yang memberi gambaran seolah-olah lelaki itu berada di bawah kawalan si isteri. Difahamkan video tersebut dirakam ketika si suami sedang sedang sibuk membersihkan rumah dan berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Wanita ini didakwa ‘meletakkan’ lagu berbentuk provokasi dalam video tersebut sehingga menyebabkan si suami berang sebelum bertindak menceraikannya selepas video tersebut tular.
Lirik lagu mendalam
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, lagu bertajuk Mesaytara (saya dominan/ saya akan mengawal awak) dipercayai menjadi punca utama di sebalik penceraian pasangan ini.
Difahamkan, lagu tersebut bukan kali pertama membawa kepada penceraian dan terdapat dua kes lagi yang berlaku di Iraq dan Jordan dipercayai daripada lagu yang sama.
Sumber: Gulf News