berita

Wanita Kongsi Pengalaman Bercinta Lelaki Psiko – ‘Bila Nak Tinggal, Dia Auto Kena Rasuk’

April 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Tiktok, seorang wanita berkongsi mengenai penderitaan yang terpaksa ditanggung olehnya sepanjang berkenalan dengan seorang lelaki sepanjang tempoh tiga tahun. Lebih teruk, lelaki tersebut seorang yang panas baran, psiko dan narsisistik.

Kena maki hamun dan pukul

Menurut wanita tersebut, sepanjang tempoh berkenalan, dia menerima pelbagai ugutan bunuh dan terpaksa menanggung kesakitan kerana dipukul lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut akan bertindak di luar kawalan dan memaki hamunnya sekiranya mahu berpisah.

Beberapa rakaman suara tatkala lelaki itu sedang merayu dan mengamuk turut dikongsikan di media sosial sebagai bahan bukti. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, lelaki itu juga pernah curang.

Bercerita mengenai sejauh manakah tahap kesabaran bersama pasangan, wanita ini berkata dia terpaksa bersabar kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan bersama teman lelakinya itu. Ujar wanita itu lagi, ada kalanya dia ‘termakan’ dengan kata-kata manis lelaki tersebut sebelum ini.

Di akhir perkongsian, wanita itu berharap semua gadis di luar sana dapat mengambil kisahnya sebagai pengajaran.

Saya tak akan ubah apa-apa kenyataan atau menarik semula kata-kata. Ini cerita saya, saya berhak untuk berkongsi apa yang saya alami. Dan ini boleh dijadikan panduan atau pengajaran untuk wanita dil uar sana.

Sumber: Tiktok

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×