
Seorang wanita di Hong Kong membuktikan bahawa usia bukan penghalang apabila selamat melahirkan anak keduanya melalui rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di usia 58 tahun.
Artikel Berkaitan: Nenek Jadi Ibu Tumpang Hasil ‘Benih’ Anak Kandung, Bertarung Nyawa 9 Jam Lahirkan ‘Cucu Sendiri’
Beranak di usia 58 tahun
Memetik laporan portal CNA News, wanita yang pernah mencuri tumpuan apabila melahirkan anak pertamanya pada usia 52 tahun berkongsi mengenai kelahiran keduanya itu di media sosial pada 22 Ogos lalu.
Menurut suaminya yang juga pelakon iaitu Brian Wong Chak-fung, anak perempuan seberat 3.34 kilogram (kg) itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean ketika berusia 37 minggu dalam kandungan.
Mengulas lanjut, Brian turut mengagumi kemampuan isterinya yang masih berupaya untuk menyusukan bayi di kala usianya yang sudah lanjut.
Saya sangat bersyukur isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat kerana keselamatan adalah keutamaan.
Kali ini kami memilih rawatan IVF selepas mendapat nasihat daripada pihak hospital dan berharap pengalaman kami dapat membantu pasangan lain yang berhasrat mendapatkan zuriat.
Sementara itu, isteri kepada Brian dilaporkan mencatat rekod sebagai ibu paling tua di hospital berkenaan sehingga menarik minat doktor untuk mengkaji.
Sumber: CNA News








