berita

Wanita Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak Dipenjara 6 Tahun, Didenda RM6k

April 13th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Berita Harian

Kerani wanita yang didakwa atas kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada lima tahun lalu telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menjalani hukuman penjara selama enam tahun dan didenda RM6,000.

Dipenjara 6 tahun dan didenda

Foto: Harian Metro

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden, Sam Ke Ting daripada tuduhan berkenaan.

Hakim, Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan turut memerintahkan responden yang berusia 27 tahun itu menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda. Bukan itu sahaja, selepas selesai hukuman penjara, responden juga akan hilang kelayakan memandu selama tiga tahun.

Abu Bakar turut memaklumkan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×