berita

Wanita Lari Dari Hospital Dipercayai Ada Simpton Covid-19 Sebenarnya Bukan Pramugari

March 25th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila seorang pramugari dikatakan melarikan diri sewaktu menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Parit Buntar, Ahad lalu. Suspek disahkan mempunyai gejala awal wabak dan mempunyai simptom masalah mental. Lebih mengejutkan, dia bukanlah pramugari sebenar dan suspek kini sedang dirawat di Hospital Taiping, Perak.

Bukan pramugari sebenar

Selain itu juga suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya sebelum ini bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai alasan untuk keluar dari rumah.

Terdahulu suspek yang didakwa merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura, bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata suspek hanya pernah mengikuti kursus pramugari bukanlah seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura seperti yang didakwa. Soal siasat telah dijalankan terhadap suspek atas kesalahan bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Suspek mempunyai simptom kurang waras

Selain mempunyai gejala COVID-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.

Pihak polis turut menasihatkan rakan lelaki suspek membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam mendapati lelaki itu negatif COVID-19

Walau bagaimanapun, suspek telah menyerah diri di perkarangan Hospital Parit Buntar bersama rakan lelakinya  sehari selepas melarikan diri sebelum diserahkan ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, soal siasat terhadap rakan lelaki yang dikatakan ‘abang’ suspek sebenarnya bukanlah abang kandung sebenar sebaliknya baru berkenalan selama seminggu. Kes disiasat dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.