berita

Wanita Lega Beg Berisi Emas Dijumpai, Pekerja MBSP Dipuji Sanggup Selongkar Lori Sampah

February 21st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Jika dah tertulis itu adalah rezeki kita, dihempap gunung pun tetap akan sampai ke tangan kita juga. Seorang wanita berdepan detik cemas apabila beg yang berisi barang kemasnya itu hilang sebelum ditemui semula di dalam timbunan sampah yang dikutip oleh sebuah pekerja syarikat pembersihan.

Terbuang beg emas

Menerusi perkongsian di group Penang Kini di Facebook, seorang suri rumah hampir berputih mata apabila ‘terbuang’ sejumlah barang kemas ke dalam tong sampah.

Sampah tu telah dikutip serta dan dimasukkan ke dalam lori kompaktor.

Setelah sedar barang kemasnya hilang, wanita berkenaan kemudian merayu kepada pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mencari barangnya itu kembali.

Diatas rasa kasihan dan simpati terhadap suri rumah yang bukan orang senang itu merayu dicari kembali , wira-wira oren ni bantu juga cari sampai jumpa di depo MBSP Tasek Gelugor.

Bayangkan dorang sanggup selongkar sampah yang bertimbun tu demi cari beg kecil berisi barang kemas. Syukur atas berkat kesabaran ia berjaya ditemui kembali. Syabas dan terima kasih wira MBSP. Anda lah wira kami.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pekerja pembersihan tersebut kerana sanggup membantu wanita itu mencari beg barang kemasnya yang hilang.

Sumber : Penang Kini

SKIP THIS AD ×