berita

Wanita Maut Dalam Nahas Di Australia, Anak Harap Jenazah Ibu Dapat Dibawa Pulang

February 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang wanita warganegara Malaysia dilaporkan maut dalam kemalangan di Griffith, Australia. Mangsa Rabitah Hamed berusia 49 tahun itu difahamkan ke Australia pada Februari tahun lalu untuk bekerja di sana. Memetik laporan BH Online, mangsa sepatutnya berada di negara itu atas tujuan bekerja adalah selama lima tahun dan akan pulang ke Malaysia pada tahun 2024.

Kereta dipandu terbabas

Sumber foto: Buletin TV3

Menurut anak sulung mangsa iaitu Rushaniena Izani berharap agar jenazah ibunya dapat dibawa pulang ke kampung halaman di Pekan Ayer Hitam, Kedah.

Saya dimaklumkan dia bekerja di sebuah kilang pemprosesan ayam. Pada 21 Februari ini genap setahun dia berada di sana. Ibu sepatutnya berada di sana selama lima tahun dan akan pulang ke tanah air pada 2024.

Saya dapat tahu kejadian yang menimpa ibu daripada ibu saudara yang tinggal di Lunas, Kulim. Rakan serumah ibu di sana menghubungi ibu saudara dan memaklumkan kejadian dan difahamkan kereta yang dipandu ibu terbabas sebelum dia tercampak keluar dari tingkap.

Kos sekitar RM50,000

Perkembangan terkini, jenazah mangsa berada di Hospital Sydney, Australia untuk proses bedah siasat. Tambah anak sulung mangsa lagi, pihak Wisma Putra menghubungi ibu saudaranya dan bertanya sama ada mahu jenazah ibu dikebumikan di negara berkenaan atau dibawa pulang ke tanah air yang memerlukan kos sekitar RM50,000.

Buat masa ini, tiada wakil keluarga yang ke sana. Kami sedang mengumpul dana kerana berharap dapat membawa jenazah ibu pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Kali terakhir kami berhubung dengan ibu sekitar dua, tiga hari lalu dan ibu bersembang dan gelak seperti biasa.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×