Seorang peniaga maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa, Pasir Tumboh, pada pagi Ahad.
Bunuh sebab cemburu
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat cemburu kerana mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan mempunyai teman lelaki dan suspek (bekas suami kedua) ingin mengajak mangsa kembali bersamanya.
Kejadian tersebut disedari salah seorang jiran mangsa yang melihat kehadiran ambulans dan trak polis di perkarangan rumah sewa mangsa.
Kami diberitahu beberapa individu mengenai penemuan mayat wanita yang didakwa ditikam di rumah itu, manakala seorang lelaki didapati cedera parah dalam rumah sama.
Suspek bekas suami kedua mangsa
Mangsa yang mengalami 13 kesan kecederaan pada tubuh disahkan meninggal dunia di dunia manakala suspek yang mengalami kecederaan di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis turut merampas satu pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Menurut sumber, mangsa merupakan ibu tunggal kepada tiga anak (14 hingga 24 tahun) hasil perkahwinan bersama suami pertamanya manakala suspek adalah suami kedua mangsa dan telah berpisah sejak enam tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian