berita

Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Keluarkan Baju Dari Mesin Basuh

June 20th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang ibu muda dilaporkan maut terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju sewaktu mesin basuh sedang berputar.

Maut terkena renjatan elektrik

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Star, kejadian tragis tersebut berlaku pada minggu lalu di rumahnya di Juazeiro, timur laut Brazil. Pada awalnya, mangsa yang dikenali dengan nama Viviane Rodrigues mengalami renjatan elektrik apabila dia memasukkan tangannya ke dalam mesin basuh untuk mengambil pakaian.

Mangsa yang berusia 20 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia di unit kecemasan. Sementara itu, mayatnya telah dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun selepas selesai dibedah siasat. Difahamkan, wanita tersebut meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Menurut laporan, kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini, seorang kanak-kanak di Christchurch, New Zealand disahkan meninggal dunia selepas ditemui dalam mesin basuh yang dihidupkan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×