Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mengaku dan mendedahkan bahawa dia telah menggugurkan kandunganya kerana tidak mampu untuk membesarkan anak keenamnya itu.
Artikel Berkaitan: Jaja Kisah Keguguran, Netizen Kesal ‘Founder’ Gunakan Shuhada Untuk ‘Marketing’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Artis Lelaki Hamilkan Anak Orang, Paksa Gugur Kandungan? – ‘Keluarga Dia Orang Berada’
Bukan keluarga yang senang
Gambar sekadar hiasan
Menerusi panggilan telefon di segmen pagi salah sebuah stesen radio tempatan, seorang wanita tampil berkongsi tentang masalah yang dihadapinya selepas dia disahkan hamil.
Menurut ibu kepada lima orang anak itu, suaminya pernah berkata jika dikurniakan anak keenam suaminya merancang untuk menggugurkan kandungan kerana masalah kewangan dan merasakan tidak mampu untuk membesarkan seorang lagi anak.
Ramadan yang lepas saya telah disahkan hamil anak keenam tapi sebelum ini suami saya pernah cakap kalau sampai kita anak keenam, dia tak nak. Dia nak buang sebab saya ini bukan dari keluarga yang senang, bukan orang yang senang, saya dari keluarga yang cukup-cukup makan sahaja.
Namun, atas dasar sayang terhadap anak dia tidak mahu meneruskan perancangan suaminya itu.
Bila saya dah fikir-fikir saya nak teruskan sebab rasa sayang pada anak itu ada, jadi saya cakap dengan suami ‘abang saya nak teruskan’ dan dia pun diam sahaja.
Bagaimanapun, fikirannya berubah setelah memikirkan tentang masa depan anak itu lalu dia dan suami mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan.
Tapi dalam masa yang sama, bila saya fikir-fikir kalau saya teruskan saya jadi rasa tak seronok, saya takut saya tak dapat bagi penjagaan yang baik kepada anak saya.
Jadi saya buat keputusan, saya cakap dengan suami saya semula saya tak nak teruskan. Selepas itu saya dengan suami cari tempat untuk rawatan keguguran bayi. Akhirnya saya jumpa tiga hari sebelum Hari Raya lepas, saya telah menggugurkan anak saya yang keenam dan anak saya berusia enam minggu ketika itu.
Susulan itu, dia mahu mendapatkan penjelasan tentang perbuatannya dengan bertanyakan pandangan dan nasihat daripada ustaz jemputan di konti radio tersebut.
Saya nak tanya, adakah perbuatan kami ini dikira membunuh? Dan perlukah kami bertaubat?
Penjelasan & nasihat ustaz
Ustaz Izzhar Nazri yang menjadi tetamu jemputan menjelaskan bahawa setiap manusia mestilah menyesal dan bertaubat atas semua dosa yang pernah dilakukan.
Segala benda yang tertulis Allah dah letak dalam takdir, maknanya apa yang sudah berlaku telahpun Allah letak dan dah susun untuk kita. Jadi untuk kita menyesali dan juga untuk kita meratapi apa perbuatan kita yang lepas itu, perkara yang tidak perlu. Apa yang perlu adalah kita ini perlu bertaubat dan menyesal.
Mengulas lanjut, beliau berkata perbuatan menggugurkan anak adalah haram dan situasi seperti ini pernah berlaku pada zaman dahulu sehingga Allah menurunkan ayat Al-Quran.
Dalam hukum agamanya haram untuk kita menggugurkan anak dan juga termasuk dalam dosa-dosa besar.
Saya faham kenapa puan buat begitu, cuma saya nak kongsikan keadaan yang puan hadapi bersama suami ini sebenarnya telah pun dihadapi oleh orang-orang pada 1400 tahun lalu.
Sehinggakan keluar ayat Al-Quran di dalam surah Al-Isra ayat 31, Allah kata jangan kau bunuh anak-anak kamu sebab takut miskin sebab Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka. Kami yang bagi bukan kamu yang bagi. Sesungguhnya membunuh itu adalah satu dosa yang besar.
Allah sebut dalam AL-Quran sebab berlaku situasai yang sama seperti zaman nabi dahulu. Maka ini teguran Allah 1400 tahun dahulu dan akan terjadi sehinggalah hari kiamat.
Dalam pada itu, beliau menasihati agar setiap individu perlu percaya kepada rezeki dan yakin dengan pengampunan Allah.
Jadi peganglah ayat ini, bukan kita yang beri rezeki anak dan mungkin kita hidup hari ini mungkin kita tumpang rezeki anak kita. Insya-Allah semoga kita sama-sama bertaubat kepada Allah SWT.
Pasti Allah akan ampunkan dosa kita disebabkan oleh kekurangan kita dan Insya-Allah dengan taubat ini Allah ampunkan dan kurniakan kita dengan rezeki yang mencurah-curah. Insya-Allah anak itu sudah berada di syurga menantikan mak dan ayahnya.
Sumber: TikTok