Sekadar gambar hiasan
Sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, ada baiknya para lelaki mahupun wanita menyelidik latar belakang pasangan mereka terlebih dahulu kerana risau akan menyesal di kemudian hari gara-gara tersalah pilih pasangan hidup.
Tempoh perkenalan hanya sebulan
Mungkin itu yang terjadi kepada seorang wanita yang menceritakan kisah sayu alam perkahwinan tidak seperti yang didambakan. Menerusi video yang dimuat naik wanita dikenali sebagai Fatih di TikTok, dia memberitahu menyesal gara-gara tersalah pilih pasangan hidup.
Menurut wanita ini, dia hanya berkenalan selama sebulan sahaja sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Kami kenal hanya sebulan. Saya setuju kahwin sebab dia cakap at least apa-apa jadi kat saya, ada orang tengok dan jaga tapi silap saya percayakan cinta lepas nikah.
Ujarnya lagi, suaminya banyak menaburkan janji-janji manis seperti ingin menjaga dirinya, namun lain pula jadi apabila lelaki berkenaan kerap membandingkan dirinya dengan isteri orang lain serta meminta wanita tersebut untuk membayar duit kereta setiap bulan.
Selepas nikah, tiada usaha dia untuk meraih cinta dan hati saya. Malah macam-macam dia kata kat saya sampai satu tahap saya perlu bertindak untuk kebahagiaan saya.
Tak pernah jaga solat
Lebih mengejutkan lagi, wanita ini mendakwa suaminya itu tidak menjaga solat dengan memberi alasan bahawa dia tidak bersedia lagi.
Telefon bimbit kat tangan 24 jam walaupun tengah azan. Tak pernah nampak dia solat walaupun satu solat. Bila tanya dia kata tak bersedia.
Apa yang lebih menyakitkan hati apabila si suami mengatakan bahawa dia sudah tidak ada perasaan lagi kepada isterinya, namun enggan bercerai. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan membuat keputusan untuk memfailkan penceraian demi kebahagiaannya.
InsyaAllah saya cuba kuatkan diri ketika dalam proses penceraian ini. Dia tak nak lepaskan saya. Dia juga kata tiada cinta dan perasaan kat saya. Disebabkan itu saya tuntut penceraian.
Tarikh naik mahkamah 1 Jun 2022. Sekarang setiap kali contact dia, dia perli serta sentiasa menyakitkan hati dan mental saya sehingga buat hati saya meronta.
‘Sayang boleh tak bayarkan kereta Bie’
Sumber : narat714