berita

Wanita Miliki Wajah Mirip Nurul Ain Terkejut Kena ‘Warning’ Jangan Ganggu Suami Orang

May 21st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ musim ketiga akhirnya sampai ke penghujung semalam. Siapa sangka babak Mak Leha marah dan memukul Nurul membuatkan ramai penonton berpuas hati kerana geram melihat perangai Nurul yang sanggup memecah-belahkan keluarga Pak Samad demi kepentingannya sendiri.

Artikel berkaitan : Pernah Bertanding Kerusi Parlimen, Suami Kudung Curang Dengan 50 Wanita.. Lagi Teruk Dari Khuzairi!

Artikel berkaitan : ‘Leha Adalah Bidadariku Hingga Ke Syurga’- Ingat Mia Adriana Yang Meninggal Dunia, Rupanya Pak Samad Yang Pergi Dulu

Macam pelanduk dua serupa!

Disebabkan ramai yang membenci Nurul Ain, seorang gadis dipercayai memiliki wajah persis watak perosak rumah tangga itu tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Hurin Ain, dilihat dia menggayakan tudung berbentuk bulat sama seperti watak Nurul.

Bukan sahaja bentuk kening dan pipi pauh dilayang itu sama dengan watak terbabit, malah nama ‘Ain’ juga sama tetapi tanpa perkataan Nurul di hadapan. Namun, apa yang membezakan antara dirinya dan juga pelakon Wafariena adalah dia tidak memiliki dagu terbelah.

Dalam pada itu, dia sering mendapat komen daripada warganet yang memberi ‘amaran’ kepadanya supaya tidak menganggu Khuzairi serta keluarga Pak Samad yang lain. Malah ada juga yang turut memuji wajahnya persis seperti Wafariena sehingga ada di antara mereka yang keliru.

Boleh tak jangan kacau Khuzairi.

Aku tengok muka kau kan macam muka nurul Nurul cerita 7 Hari Mencintaiku.

Sama ke?

@hurinainn_ sama ka hm ??#fyp #fyp??viralberanda #nurul7harimencintaimu ? original sound – YA?AMANI

@hurinainn_menantu mamakmu ???? original sound – Fear Of Love

‘Nanti kena ganyang dengan Mak Leha’

Sumber : hurinainn_

SKIP THIS AD ×