berita

Wanita Mimpi Jumpa Mayat Dalam ‘Bilik’ Misteri, Penemuan Pintu Rahsia Bongkar Segalanya…

April 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Menerusi di aplikasi TikTok, seorang wanita yang dikenali dengan nama Miranda mengakui terkejut apabila menemui pintu rahsia di sebalik dinding salun kecantikan miliknya dimana para pengguna media sosial mengatakan ianya seolah dari sebuah filem ngeri.

Mimpi pintu rahsia dipenuhi mayat

Menerusi perkongsian itu, Miranda mengatakan ibunya bermimpi pelik pada malam sebelumnya mengenai pintu rahsia yang dipenuhi dengan mayat. Akibat daripada mimpi tersebut, ibunya bertindak untuk memecahkan dinding salunnya itu. Dia telah berkongsi detik bersama ibunya menerusi aplikasi TikTok dan telah mengejutkan para penonton yang menonton video berkenaan.

Ibu saya bermimpi terdapat banyak mayat di sebalik dinding tersebut dan dia juga bermimpi terdapat pintu rahsia disitu dan ibu saya menjumpai pintu rahsia tersebut.

Dalam video terbabit, ibunya dilihat sedang memecahkan dinding sehingga ternampak pintu rahsia tersebut. Walaupun sudah memecahkan dinding berkenaan banyak kali, namun ianya masih tidak dapat dibuka. Menerusi video lain, wanita berkenaan mendedahkan bahawa di sebalik dinding itu merupakan satu dinding yang kukuh. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang ada di dalam ruangan ‘misteri’ itu.

Video penuh :

@hippieloumomMY MOM FOUND A SECRET DOOR #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #secretdoor #secret? original sound – Miranda

https://www.tiktok.com/embed.js

@hippieloumomPart 3 will be soon!! #fyp #foryou #foryoupage #tiktok? original sound – Miranda

https://www.tiktok.com/embed.js

@hippieloumomPART 3 TO THE SECRET DOOR!!! #fyp #foryou #foryoupage #tiktok? original sound – Miranda

https://www.tiktok.com/embed.js

Sumber : Miranda , Mirror.co.uk

SKIP THIS AD ×