berita

Wanita Misteri Hantar Resume Lamar Jadi Madu, Lihat Apa Respon Si Isteri

January 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Topik poligami menjadi isu sensitif buat golongan isteri. Ramai yang sanggup berpisah dari dimadukan oleh pasangan masing-masing. Walaupun ada suami yang mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya, namun banyak juga cerita kurang enak didengar apabila berkait isu beristeri lebih dari satu ini.

Seorang pengguna laman sosial berkongsi kisah dirinya dilamar oleh wanita lain untuk dijadikan madu membuatkan ramai yang terkejut dengan tindakan berani berkenaan.

Minat dekat suami dan nak jadi madu

Ozzie Manan menerusi Twitternya memuatnaik screenshot Curious Cat luahan panjang lebar seorang wanita yang menyatakan hasrat ingin menjadi isteri kedua kepada suaminya. ‘Resume’ yang dihantar wanita misteri berkenaan memperincikan dirinya sebagai wanita 25 tahun, berkulit cerah, berketinggian 165 cm dan bekerja di salah sebuah syarikat besar sebagai auditor.

Curious Cat adalah laman sosial yang membolehkan sesiapa sahaja bertanya kepada pemilik akaun tanpa diketahui siapa yang bertanyakan soalan tersebut. Laman ini semakin popular untuk pengguna laman sosial bertanya tanpa dihakimi.

Sedar siapa diri kalau diterima jadi isteri kedua

Wanita misteri itu turut menegaskan dia tahu dan sedar kedudukannya sebagai isteri kedua dan akan menghormati isteri pertama serta melayan bakal suami dengan baik. Dia juga tidak kisah bersuamikan lelaki yang sibuk bertugas di luar negara kerana dia sendiri sibuk bekerja di sini.

Dalam pada itu, dia juga memberi jaminan tidak akan membebankan dari segi kewangan kerana boleh berdikari dengan pendapatan diterima.

Ini respon si isteri

Tak dapat berkongsi

Sumber: OwToTheZie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×