berita

Wanita Nyaris Maut Lepas Jiran Selamba Buang Sofa Dari Tingkat 3 Rumah Flat

June 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita nyaris maut gara-gara tindakan jirannya yang selamba membuang sofa lama dari luar tingkap rumah flatnya kerana malas untuk membawa sofa berkenaan menuruni tangga di Istanbul, Turki.

Buang sofa lama dari tingkap rumah

Jirannya dikenali sebagai Mesut Duran yang menetap di Uskudar di Istanbul dikatakan telah membeli sofa baru dan ingin membuang sofa lama berkenaan dari tingkat tiga rumahnya.

Menurut media tempatan, akibat terlalu malas untuk membawa sofa lama menuruni tangga, Mesut mengambil keputusan untuk membuang sofa berkenaan dari tingkap rumahnya pada 9 Jun lalu.

Kejadian terbabit telah dirakam oleh kamera keselamatan yang ada pada bangunan flat berkenaan dan dapat merakam saat sofa itu hampir menghempap seorang wanita.

Menerusi video berkenaan, seorang wanita dilihat sedang berjalan keluar dari bangunan ketika sofa tersebut jatuh daripada tingkap dan menyebabkan wanita itu hampir maut dihempap sofa.

Hampir membunuh jirannya sendiri

Wanita terbabit terkejut sambil melihat ke atas tingkap dan mengangkat tangannya serta menunjukkan isyarat ke arah jirannya itu sebelum dia beredar daripada tempat kejadian berkenaan.

Ketika ditemu bual, Mesut mengakui bahawa dia ingin membuang sofa itu dari tingkap rumahnya dan tidak menyangka wanita berkenaan berada di tempat kejadian.

Saya beli sofa baru. Saya tengok tak ada seorang pun di depan bangunan jadi saya memutuskan untuk membuang sofa lama saya dari tingkap dan hampir jatuh ke atasnya.

Dia berjaya melarikan diri. Kalau tak dia akan mati. Saya hampir jadi pembunuh.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×