berita

Wanita Pukul Kanak-Kanak Tak Makan Nasi Dalam Video Viral Mengaku Bersalah

July 27th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pasangan suami isteri dalam video viral memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun dipukul menggunakan penyangkut baju, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Bersalah atas tuduhan aniaya mangsa

Isteri, Amira Hamzah, 28 tahun, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30 tahun, dari Singapura, mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya mangsa, beberapa bulan lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal.

Prosiding ditangguhkan sementara bagi jatuh hukum dan fakta kes.

Terdahulu, dilaporkan sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang berusia empat tahun di rumah mereka di Beranang, Selangor pada 18 Julai lalu.

Difahamkan, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian selepas tular di media sosial video memaparkan seorang kanak-kanak dipukul dengan batang penyapu dan penyangkut baju.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat mangsa tidak suka makan nasi, dan suspek memaksa kanak-kanak itu menelan nasi sehingga termuntah.

Difahamkan, mangsa adalah anak kepada warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, diserahkan di bawah penjagaan suspek sejak April lalu kerana ibu kandung tidak mampu menjaganya.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×