
Tular sebuah kisah menyentuh hati mengenai seorang wanita berhati mulia yang membelikan makanan untuk seorang pelajar sekolah.
Artikel Berkaitan: Wanita Tak Sangka Kakak Banyak Terima Pesanan Selepas Siti Nurhaliza Bantu ‘Promote’ Cinnamon Roll – ‘Kami Akan Ingat Kebaikan Dia’
Belikan makanan

Kisah bermula apabila wanita berkenaan ternampak seorang gadis remaja sedang berdiri di hadapan restoran makanan segera yang kelihatan seperti mahu membeli makanan.
Menurut wanita itu, dia sempat melihat gadis tersebut menyemak baki wang di dalam aplikasi MAE miliknya.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan ialah baki wang yang dipaparkan hanya tinggal RM2.43 sehingga membuatkan niatnya untuk membeli sandwich di kedai itu terbantut.
Saya nampak seorang gadis ini berdiri depan Subway. Tengok gaya macam budak sekolah tingkatan 4 atau 5.
Kemudian dia jenguk baki duit di dalam MAE. Saya nampak ada baki RM2.43 dan dia pun berlalu pergi.
Pun begitu, wanita tersebut segera mencari jalan untuk membantu gadis itu dan enggan membiarkannya kelaparan.
Tapi mata kami bertemu, saya cakap dengan dia boleh tak cadangkan dekat saya apa yang sedap dekat sini sebab saya tak reti.
Bersungguh dia pilih dari roti sampai ke sos kemudian biskut dan juga air. Selepas saya bayar, saya bagi dia dan dia sebak.
Dia cakap, aunty tipu saya eh? Saya senyum dan dia menangis.
Saya cuma peluk dan pesan belajar elok-elok jangan joget di TikTok.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)


