berita

Wanita Sakit Mental Dibiarkan Hidup 10 Tahun Dalam Timbunan Sampah, Najis

September 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Penyakit mental kerapkali disalah tafsir sebagai orang gila dan perlu dijauhi masyarakat kerana golongan sebegini dikatakan berpotensi mengganggu orang lain. Persepsi ini membuatkan orang ramai berasa takut dan meminggirkan golongan berkenaan.

Seorang wanita yang menderita sakit ini tinggal sebatang kara dalam keadaan daif dan menyedihkan di Kelantan.

Tidur atas tilam usang, timbunan sampah dan bau najis

Sinar Harian melaporkan wanita berkenaan, Wan Hafsah Che Awan, 39 tahun sudah 10 tahun hidup dalam rumah dengan timbunan sampah di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan itu.

Rumah berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih. Wan Hafsah hanya beralaskan tilam buruk sebagai tempat tidur selain bau busuk najis dan sampah menusuk hidung memenuhi ruang rumahnya. Paling menyedihkan, dinding dan lantai rumahnya sudah mulai mereput.

Murung makin teruk sejak 10 tahun lalu

Tambah Che Omar lagi, disebabkan wanita itu tinggal seorang diri, gangguan mental dialaminya bertambah kritikal sejak 10 tahun lalu. Walaupun pernah dihantar ke hospital sakit jiwa namun dibenarkan pulang setelah pulih.

Hidupnya terabai, emosinya terganggu sehingga kemurungan yang dialami sejak remaja semakin teruk. Dia pula tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu bapanya itu, keadaan itu menyebabkan gangguan mentalnya semakin teruk sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Che Omar berkata, makan minum Wan Hafsah hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan jiran serta penduduk kampung.

Ramai yang hulurkan makanan padanya, sampah sarap itu adalah sisa makanannya serta sampah yang dikutip dan di bawa pulang ke rumah.

Menurutnya, Wan Hafsah sukar mendapat bantuan kerana dia berstatus penduduk tetap.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×