
Hantaran seorang wanita mengenai kesungguhan pak cik meniaga jus buah di bazar Ramadan di Taman Rinting Masai, Johor menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Peniaga Jual ‘Shellout’ RM3 Nafi Ganggu Harga ‘Market’ Penjual Lain – ‘Mana Tak Mampu, Boleh Lah Rasa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Kuih Terharu, Dedah Amira Othman Bayar Semua Jualan Makanan – ‘Moga Baik-Baik Saja Untuk Kamu’
Sebak

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan kegigihan pak cik itu meniaga jus buah walaupun jualannya sering sepi daripada pelanggan.
Pak cik ni meniaga betul-betul sebelah tapak kita. Jual air jus buah blend fresh dekat situ juga dan harga RM5 saja.
Tapi sebab pak cik dah tua, dia tidak berapa pandai nak promosi air dengan gaya zaman sekarang.
Dia hanya panggil orang lalu lalang saja.
Menceritakan kembali, wanita itu berkata dia berasa terkesan apabila terdengar pak cik itu memberitahu bahawa jualannya pernah tidak mencecah RM100 sehari.
Ada satu hari tu, hujan lebat sangat dekat bazar sampai lah pukul 6.30 petang, ada orang telefon pak cik ni, saya terdengar pakcik cakap “Hari ini aku baru dapat RM20 Man, semalam ada lah dapat RM90 RM150”.
Menerusi tinjauan OhBulan!, gerai pak cik tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas perkongsian yang dibuat wanita itu tular di media sosial.
Difahamkan, ramai yang datang membeli jus buah di gerai itu menunjukkan tanda sokongan kepadanya.
Sumber: Threads








