berita

Wanita Sebak Suami Buat Surprise Sambut Birthday Dengan Anak Yatim

August 4th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Wanita sememangnya suka dengan kejutan daripada suami tersayang. Kerana bagi wanita, kejutan yang diberikan tanda cinta dan penghargaan oleh seorang suami kepada mereka.

Namun bagi lelaki ini, dia ada cara yang tersendiri untuk meraikan hari jadi isterinya.

Ingatkan suami teman hantar COD, rupanya dapat surprise

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ezzah Nellysa di akaun TikTok, dia dilihat semangat untuk menghantar barang kepada pelanggannya. Pada mulanya dia berasa pelik kerana suaminya berhenti di hadapan rumah jagaan anak-anak yatim. Ternyata, suaminya telah merancang untuk membuat suprise untuknya sempena hari lahirnya.

Terharu dengan kejutan sehingga mengalirkan air mata, Nelly kelihatan sangat gembira kerana dapat sambut bersama mereka. Selain berkongsi juadah, Nelly turut memotong kek bersama kanak-kanak berkenaan.

Lebih menarik lagi mereka menggelarkan diri mereka sebagai mommy daddy sama seperti panggilan anak-anak mereka di rumah.

Anak syurga daddy. Alhamdulillah tahun ni dapat celebrate birthday mommy dengan anak-anak syurga. Semua anak kat sini layan kita macam dah lama kenal. Panggil mommy daddy pula tu.

Semua ni sebaya Yusuf dengan Idris. Tapi 2 anak ajaib tu tak boleh bawa sebab kalau bergabung ni boleh meletop.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan dia bersama suaminya melayan kerenah kanak-kanak berkenaan yang dah lama tidak merasa kasih sayang ibu bapa.

Video berdurasi seminit 52 saat itu meraih lebih 340 ribu tontonan serta mendapat lebih 57 ribu tanda suka.

‘Birthday paling indah!’

@ezzahnellysa1Birthday paling indah! ##fyp ##tiktokmalaysia ##businesstiktok? Di Saat Sendiri – Dadali

‘Bagusnya suami awak, saya pula yang menangis’

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut sebak melihat kanak-kanak itu gembira dilayan seperti anak sendiri. Malah ada juga di antara mereka yang memuji tindakan suaminya itu.

Sumber : ezzahnellysa1, azrlafiq

SKIP THIS AD ×