Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita tabah bersama anak-anaknya yang masih kecil menghadiri majlis perkahwinan kedua suaminya. Lebih mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa madu wanita ini merupakan rakan baiknya sendiri.
Siapkan suami pergi nikah
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Paveena Shaeleen memberitahu tidak sangka, kawan, Nurul Nazirah yang dikenalinya di Facebook selama bertahun-tahun rupanya adalah jodoh suaminya sendiri. Tambah Paveena lagi, dia dan rakannya itu juga bekerja bersama-sama dan kini mereka kini bermadu.
Kami sekeluarga hadiri nikah suami, ramai yang tak tahu saya sendiri siapkan suami dan hantar suami nikah. Dia lah perempuan yang saya pilih untuk suami dan anak-anak tercinta sebab hatiya yang ikhlas, lembut bila bicara dengan keluarga.
Sementara menerusi laporan Harian Metro, Paveena memberitahu bahawa dia sendiri telah cuba menjodohkan mereka berdua namun siapa sangka usahanya berjaya.
Ramai salah faham dengan menggelarkan madu saya ‘penyondol’. Hakikatnya dia rakan saya dan saya yang bantu suami merisik serta melamarnya.
Tambah Paveena lagi, sebelum ini iaitu selepas diberi kebenaran untuk berkahwin lain, suaminya itu ada membawa beberapa calon namun Paveena tidak tertarik dan hanya tertarik dengan sikap dan keberibadian Nazirah.
Video
Sumber: TikTok, Harian Metro