
Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail mempertikai kenyataan sesetengah wanita yang beranggapan diri mereka lebih dekat dengan Allah selepas memilih untuk tidak mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: ‘Buka Hijab Jadi Lebih Dekat Dengan Allah? Itu Jahil’ – Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung
Tutup aurat perintah Allah

Menerusi TikTok, Ustaz Elyas menegaskan bahawa jika seseorang itu mahu menjadi hamba yang baik adalah dengan melakukan segala perintah Allah SWT.
Saya lebih rapat dengan Allah walaupun tak bertudung? Ayat apa ini?
Bertudung dan menutup aurat adalah perintah Allah SWT dan tanda seseorang itu cuba untuk mendekatkan diri mestilah dengan melaksanakan apa yang Allah suruh.
Dalam pada itu, Ustaz Elyas turut menyentuh mengenai segelintir wanita yang menganggap mereka tetap baik meskipun tidak mengenakan tudung.
Ujarnya, perkara itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan kerana Allah SWT telah menyentuh soal aurat dalam surah Al-Azhab, ayat 59.
Macam mana pula kalau orang yang kata dia tak pakai tudung tapi dia baik?
Dalam surah Al-Ahzab ayat ke-59, Allah SWT memerintahkan supaya perempuan-perempuan melabuhkan pakaian, menutup seluruh badan apabila hendak keluar kerana dengan cara yang demikian, mereka akan dikenali sebagai seorang perempuan yang baik.
Malah Nabi SAW juga pernah berpesan, ‘Sesiapa yang mahu mencari reda Allah walau dengan marah manusia, Allah akan mencukupkan keperluan hidupnya itu tapi kalau sesiapa itu sibuk mencari reda manusia dengan murkanya Allah, maka Allah akan biarkan kehidupan dia menjadi terumbang ambing.’
Di akhir perkongsian, Ustaz Elyas menyeru umat Islam untuk bermuhasabah diri dan meletakkan keredaan Allah SWT sebagai keutamaan hidup.
Jadi berhentilah guna ayat seperti, ‘Kalau saya bertudung tapi hipokrit buat apa’. Ini bukan soal hipokrit tetapi ini adalah arahan Allah SWT.
Maka ingatlah bahawa reda Allah itu yang lebih utama, bukannya reda peminat dan pengikut kita.
Video
Sumber: TikTok








