Seorang wanita mendedahkan kebaikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu meningkatkan jualan perniagaan kakaknya.

Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Kerap ‘Shopping Online’ – ‘Setiap Hari Ada Benda Baru, Dia Akan Hulurkan Kepada Mangsa Terdekat’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Doa Wanita TTC 10 Tahun Dikurniakan Zuriat, Kongsi Amalan Terbaik – ‘Baca Doa Nabi Zakaria, Sedekah & Istighfar’

Siti Nurhaliza bantu peniaga

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Abby Zufea itu mengimbas kembali fasa sukar yang dialami oleh kakaknya semasa wabak Covid-19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Abby, kakaknya terpaksa melepaskan bisnes yang dimiliki dan mula menjual pastri, namun hasil jualan tidak memberangsangkan.

Kakak saya ada perniagaan, tapi disebabkan lockdown dah tak boleh beroperasi jadi dia buatlah cinnamon roll.

Cinnamon roll dia sedap tapi susah betul nak dapatkan sales.

Bercerita lanjut, kakaknya kemudian menghantar pastri tersebut kepada Siti Nurhaliza dan sama sekali tidak menyangka penyanyi itu akan berkongsi mengenainya di media sosial.

Nak dijadikan cerita, kakak saya bagi dekat TokTi. Bagi ikhlas, tak mengharapkan apa-apa pun.

Sekali TokTi upload dekat Instagram Story dia makan cinnamon roll tu.

Setelah hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, air tangan kakaknya itu semakin dikenali dan menerima sambutan luar biasa daripada warganet.

Tak berhenti dapat pesanan setiap hari, menangis kakak saya masa itu.

Alhamdulillah, sampai bila-bila pun kami sekeluarga akan ingat kebaikan TokTi.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir peniaga turut berkongsi kisah yang sama apabila perniagaan mereka juga mendapat perhatian pelantun lagu Anta Permana itu.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji sikap Sti Nurhaliza yang sering membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana.

Sumber: Threads