Sebelum ini, wanita yang mendakwa dirinya dihamilkan pelakon kacak, Aniq Suhair tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya membuat kenyataan berbaur fitnah ke atas pelakon berkenaan.
Menurut wanita tersebut, fitnah tersebut dibuat adalah kerana dirinya mengimpikan Aniq untuk menjadi miliknya. Namun begitu, wanita tersebut sekali lagi tampil mendedahkan beberapa bukti yang mengatakan Aniq sememangnya melakukan perbuatan tersebut ke atas dirinya.
Artikel Berkaitan: Dituduh Hamilkan Gadis & Minta Gugur Kandungan, Aniq Suhair Anggap Dakwaan Cuba Jatuhkan Reputasi
Aniq hanya ‘omong kosong’?
@aifanbila1 @mStar Official @OHBULAN! @Oh My Media @Gempak ? Sedih Galau – Ercandra
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di TikTok, wanita berkenaan mendakwa Aniq berjanji untuk melakukan beberapa perkara demi membersihkan nama baiknya sebagai seorang pelakon.
Namun begitu, wanita tersebut mendakwa Aniq telah pun menipu dan memanipulasi dirinya semata untuk memastikan dirinya menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap pelakon berkenaan.
Sebenarnya memang betul Aniq Suhair telah membuat saya hamil tapi dia telah memanipulasi saya dan menjanjikan macam-macam serta telah menipu saya supaya saya membersihkan namanya. Ini bukti kami di balai polis bersama peguam dia.
Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Berhenti mengkhianati orang, cukuplah berpura-pura untuk mencari validasi manusia.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut mempertikai tindakan Aniq yang dikatakan telah memadam kenyataan yang dibuatnya menerusi akaun Instagramnya (IG).
Dia juga mencabar Aniq untuk menunjukkan bukti surat saman yang mahu difailkan ke atas dirinya atas alasan fitnah.
Ada tiga orang anak?
Lebih mengejutkan, wanita tersebut juga memuat naik tangkap layar memaparkan pengakuan yang dipercayai dibuat anak mengenai jumlah anak yang dimilikinya.
Dalam pada itu, wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi Aniq namun hanya mahu pelakon berkenaan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.
Dia juga memaklumkan bahawa apa yang diperkatakannya itu adalah benar dan tiada apa yang diperoleh sekirnya menjaja cerita yang tidak benar kerana individu yang perlu menanggung masalah tersebut adalah dirinya sendiri.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kenyataan dikeluarkan seorang individu yang mendakwa Aniq Suhair telah pun membuat dirinya hamil.
Walau bagaimanapun, Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh telah menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.
@aifanbila1 Replying to @anna aurora ? Tak Dianggap – Lyodra
Sumber: TikTok