berita

Wanita Tandatangan Kontrak, Beri Kebenaran Suami Main Kriket Pada Hujung Minggu

September 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang pengantin lelaki di Tamil Nadu, India, menyediakan kontrak yang menetapkan syarat bahawa dia masih dibenarkan untuk bermain kriket pada hujung minggu meskipun sudah berkahwin, lapor India Today.

Cadangan rakan rakan

Hariprasad, seorang profesor di sebuah kolej swasta di bandar Theni, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis bernama Pooja, Ahad lalu.

Ketika majlis sedang berlangsung, rakan-rakan kepada pengantin lelaki hadir membawa sekeping dokumen kontrak untuk ditandatangani pengantin perempuan.

Saya, Pooja, dengan ini membenarkan Hariprasad untuk bermain kriket pada hari Sabtu dan Ahad untuk pasukan SuperStar Cricket.

Pada awalnya, pengantin perempuan itu agak terkejut, namun tetap menurunkan tandatangan sambil disambut dengan kelegaan oleh rakan-rakan suaminya.

Hariprasad merupakan seorang peminat sukan kriket yang turut menjadi kapten pasukan SuperStar Cricket, membuatkan rakan-rakannya tampil dengan cadangan kontrak tersebut agar dia tidak berdepan sebarang halangan untuk meneruskan minatnya.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×